Ada beberapa syarat yang bank akan tengok sebelum meluluskan loan kereta anda.
Walaubagaimanapun, setiap bank mempunyai kriteria yang mungkin sedikit berbeza.
Di bawah, saya kongsikan 5 syarat umum untuk kelulusan permohonan pinjaman kenderaan.
1. Kiraan Gaji
- Cara Pertama:
Gaji Bersih – Komitmen Bank = Jumlah Bersih
Jumlah Bersih / 3 = Ansuran Bulanan Kereta
Contohnya Azmi mempunyai gaji bersih sebanyak RM1800 dan hanya mempunyai komitmen bulanan RM300 iaitu hutang PTPTN.
RM1800 tolak RM300 dapat RM1500. Jumlah Bersih adalah RM1500. Kemudian, jumlah bersih ini akan dibahagi 3 menjadikannya RM500.
Jadi, Azmi hanya boleh membeli kereta dengan ansuran bulanan RM500 sahaja.
- Cara Kedua:
Gaji Bersih – Komitmen Bank – Ansuran Kereta Baru = Jumlah Bersih
Minimum Jumlah Bersih adalah dalam lingkungan RM1000 hingga RM1500 (kos sara hidup)
Kita ambil contoh yang sama, Azmi mempunyai gaji bersih sebanyak RM1800 dan hanya mempunyai komitmen bulanan RM300 iaitu hutang PTPTN.
Gaji Bersih RM1800 tolak PTPTN RM300 dan tolak ansuran bulanan kereta baru RM500. Jumlah Bersih adalah RM1000.
Jadi, loan kereta Azmi boleh lulus kerana Azmi masih mempunyai baki RM1000 untuk dibelanjakan bagi menyara hidupnya.
- Cara Ketiga:
Gaji Bersih – RM1000 (Kos Sara Hidup) – Komitmen Bank = Ansuran Bulanan Kereta
Ini adalah cara paling simple yang saya gunakan untuk menilai tahap kemampuan kewangan klien saya.
Gaji Bersih tolak RM1000 iaitu kos sara hidup di Sungai Petani dan tolak semua komitmen bank seperti loan ASB, PTPN dan sebagainya.
Baki yang kita dapat dari hasil tolak tersebut adalah ansuran loan kereta baru anda. Kos Sara Hidup ini berubah mengikut kawasan dan berbeza mengikut bank.
Nota: Gaji minimum yang ditetapkan adalah RM1500. Jadi, sekiranya gaji anda adalah kurang dari RM1500, bank memerlukan anda menyediakan penjamin. Bagi yang bujang, ibu atau bapa yang mempunyai pendapatan tetap layak menjadi penjamin. Manakala bagi yang sudah berkahwin, pasangan anda boleh menjadi penjamin.
2. Rekod CCRIS dan CTOS
Rekod CCRIS (Bank Negara) adalah rekod pinjaman yang melibatkan bank manakala rekod CTOS adalah rekod pinjaman dengan syarikat kredit seperti AEON, SINGER, COURT MAMMOTH dan sebagainya.
Adalah baik sekiranya tiada tunggakan yang direkodkan dalam tempoh masa 12 bulan ke belakang. Maksudnya rekod CCRIS akan tertulis “0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0” selama 12 bulan.
Sekiranya rekod mempunyai 1 bulan tunggakan seperti ini “0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0” masih lagi dikira OK. Bank masih boleh menerima tunggakan 2 bulan yang tidak melebihi tiga kali dalam masa setahun.
Penyata CCRIS boleh didapati secara online di laman web rasmi bank negara iaitu https://eccris.bnm.gov.my/ dan anda perlu pergi ke cawangan Bank Negara atau AKPK yang terdekat untuk mendaftar kali pertama.
Jika tiada cawangan Bank Negara atau AKPK berdekatan dengan anda, saya sarankan anda dapatkan laporan kredit CTOS dan CCRIS secara online dengan bermodalkan RM25 sahaja.
Caranya begini. Pergi ke laman web https://ctosid.ctos.com.my/ kemudian klik “Buy Now” pada tab “MyCTOS Score Report” dan ikut arahan seterusnya. Laporan kredit akan hantar melalui emel ke emel yang telah didaftarkan.
Bagaimana cara untuk membaca laporan CTOS dan CCRIS? Ada panduan yang dikongsikan di sini.
Nota: Untuk blacklist dan AKPK, memang kena settlekan dulu sebelum boleh memohon pinjaman.
3. PTPTN
Untuk anda yang mempunyai tunggakan PTPTN, ada dua cara iaitu buat reschedule atau bayar sahaja PTPTN tersebut dengan kiraan amaun beberapa bulan.
Sebaik-baiknya kita nak elakkan reschedule. Jadi, tolong hubungi dan submit dokumen kepada saya dahulu supaya saya dapat tanyakan kepada pihak bank.
Sekiranya anda perlu buat reschedule, anda boleh pergi pejabat PTPTN yang terdekat dan buat permohonan untuk reschedule.
Keluarkan duit dari KWSP Akaun 2 untuk membuat bayaran kepada PTPTN, selalunya kena selesaikan lump sum dalam 25% dari total pinjaman PTPTN.
Setelah itu, dapatkan surat penjadualan semula dari PTPTN untuk kita kepilkan bersama dalam permohonan pinjaman kenderaan anda.
Nota: Elakkan reschedule kerana ini akan memberi kesan jangka panjang kepada profil kewangan anda. Nasihat saya adalah gunakan duit KWSP dan duit simpanan untuk membuat bayaran yang baki PTPTN yang tertunggak tanpa memohon untuk reschedule. Kemudian teruskan membuat bayaran PTPTN setiap bulan tanpa culas. Boleh rujuk sini untuk proses pembayaran melalui akaun KWSP.
Artikel Berkaitan: Kelebihan Proton Edar Branch Berbanding Dengan Dealer
4. Lesen Memandu
Lesen memandu adalah dokumen wajib yang perlu ada dalam permohonan pinjaman kenderaan. Walaubagaimanpun, ada bank yang tidak memerlukan lesen memandu.
Ada salah seorang dari klien saya yang tidak mempunyai lesen memandu, tetapi beliau ingin membeli kereta untuk kegunaan ibu-bapa di kampung.
Alhamdulillah loan kereta beliau lulus. Sebaik-baiknya dapatkan lesen memandu dahulu, at least lesen “P”.
5. Dokumen Lengkap
Dokumen hendaklah lengkap dan ianya bergantung kepada jenis pekerjaan. Dokumen wajib adalah salinan IC dan lesen.
Bagi penjawat awam, sediakan slip gaji 3 bulan.
Bagi pekerja swasta, sediakan slip gaji 3 bulan, penyata bank 3 bulan dan penyata KWSP. Jika ada OT, sediakan dokumen di atas bagi tempoh 6 bulan.
Untuk peniaga, perlu ada rekod daftar perniagaan SSM sekurang-kurangnya 2 tahun. Bermaksud anda dah 2 tahun menjalankan perniagaan. Sediakan penyata bank selama 6 bulan terkini. Bank nak tengok duit keluar masuk. Kalau masuk RM5000, bank akan anggarkan pendapatan anda hanya 50% dari duit masuk tu.
Kalau anda bekerja dan hanya dapat gaji cash, masukkan duit tersebut ke dalam bank pada tarikh yang sama tiap-tiap bulan. Buat selama 6 bulan, kemudian dapatkan penyata bank untuk bulan-bulan tersebut. Dari penyata tersebut bank akan nampak duit gaji ada masuk tiap-tiap bulan pada tarikh yang sama. So, yang ni kena usaha lebih sikit lah. Pelan-pelan kayuh orang cakap.
Diharap artikel 5 syarat lulus loan kereta ini memberi manfaat kepada anda.
Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada profil kewangan anda dan scoring yang berbeza-beza mengikut bank.
Hubungi saya untuk rundingan lanjut di talian 019-3377714 atau klik butang whatsapp di bawah.