Atikah Adnan

Atikah Adnan

Proton Authorised Sales Advisor

9 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Bersama Anak-Anak Semasa PKP

Hai semua!

Bila diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 dilanjutkan hingga 14 April, kepala saya dah mula ligat mencari idea aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak saya. Di sini saya kongsikan 9 aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 9 tahun.

1. Balancing Act

Dalam aktiviti ini, anda boleh ajarkan konsep keseimbangan kepada anak-anak anda. Tonton video di bawah dan sesuaikan bahan-bahannya mengikut kreativiti anda.

2. Paper Bead Bracelet

Haa…yang ni saya percaya ibu ayah kat luar sana yang  sekolah rendah tahun 90-an pernah buat. Dulu-dulu dalam subjek pendidikan seni kita buat ni pakai kertas surat khabar atau majalah lama. Banyak variasi bentuk boleh dibuat boleh search lagi di youtube. Ada yang sangat cantik sampai boleh dijual paper bead ni.

3. Kapal Terbang Bulat

Jujur saya cakap, yang ni first time saya buat dengan anak-anak, saya yang gelak lebih. Happy gila sebab tak percaya benda bulat macam ni boleh terbang. Seumur hidup tak pernah lagi buat kapal terbang macam ni. Rupanya pernah viral kapal terbang ni dulu di China.

4. Walking Worm

Ok..yang ni pon seronok buat dengan anak-anak. Cute..macam lawak pon ada gak. Straw diperlukan untuk tiup bagi worm/caterpillar ni berjalan. Tapi kalau tak ada straw, gulung je kertas A4 tu pakai pensel buat bentuk straw. Race siapa yang paling laju!

5. Balancing Heart Bird

Pernah tengok tak mainan di pasar malam dulu-dulu? Yang ada burung boleh imbang sendiri tu. Kali ni kita boleh buat burung imbang sendiri tu pakai kertas saja. Kertas segiempat sama ya, jom try!

6. Batik Painting

Patutnya setiap hari Jumaat, anak-anak saya akan ke art class, disebabkan kelas dah cancel gara-gara COVID-19, saya gantikan dengan aktiviti mewarna batik. Tapi bukan buat sendiri lah, saya guna batik painting kit. Nasib baik boleh order online dari  Terengganu, dua hari saja boleh dapat. 

Dalam kit ni ada 7 set semuanya. Setiap set dibekalkan dengan 3 warna asas yang mana kalau kita gabungkan mana-mana warna asas ni kita akan dapat hasilkan warna sekunder. Arahan juga diberikan dalam setiap set. Gambar bagi setiap set diberi secara rawak, ada flora, fauna dan tema Malaysia pon ada gak.

Dah siap nanti, saya nak buat frame sebagai kenangan untuk anak-anak saya. Kenangan #stayathome COVID-19 diorang. 

Harga kit ni RM68 siap postage, dapat 7 jenis lukisan. Pada saya sangat berbaloi sebab setiap lukisan dibekalkan dengan serbuk warna dye yang memang khas untuk batik. Bukan water colour atau poster colour ya. Serbuk dye tu kena campur dengan air pastu boleh gabungkan untuk dapatkan warna baru pulak.

Bagi anda yang nak dapatkan set Batik Painting Kit ni, boleh klik link di bawah.

https://ordersini.com/view/s/batik-painting-kit

7. Paper Heart Craft

Yang ni simple, hanya perlukan kertas, gunting dan stapler. Paling kecil dua lapis, nak lagi besar boleh buat banyak lapis. Nak buat pendant boleh, decor rumah pon boleh. Suruh anak buat banyak-banyak.

8. Simple Origami Paper Fan

Kalau budak-budak yang duduk flat dulu, mesti pernah buat helikopter dari kertas. Alah, yang koyak kertas sikit buat macam take-copter doraemon tu. Origami paper fan ni lebih kemas dan dua-dua belah boleh pusing. Letak pensel bagi terlangkup dia boleh pusing. Terbalikkan jadi macam bentuk kon aiskrim pon boleh pusing kalau lepaskan dari tempat tinggi. 

9. Rock Painting

Ok, yang ni last, sebab bahan-bahan agak susah nak dapat time PKP ni. Kebanyakannya pakai acrylic paint, sharpie, paint marker dan nail polish. Boleh search kat youtube “water marble rock painting”. Cantik ooo! Ala-ala barista buat coffee dia punya corak. Pastu celupkan batu tu..corak tu akan melekat di batu. Yang bawah ni simple saja lah untuk budak-budak.  

Saya berharap agar kita semua dapat bertahan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat serta menyambut bulan Ramadhan dan Syawal seperti biasa.

Kepada anda yang bercadang untuk membeli kereta baru tapi terbantut dengan situasi COVID-19 ini, boleh dapatkan panduan yang telah saya sediakan di bawah.

Sedikit tips saya kongsikan dengan anda dalam panduan tersebut supaya anda tidak terlepas pandang perkara-perkara penting semasa membeli kereta baru. 

Kongsikan artikel ini kepada rakan anda yang lain.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Tips Beli Kereta Baru

5 Kesilapan Pembeli Kereta Baru

Memiliki kereta adalah satu komitmen yang besar.

Elakkan diri anda dari mengalami kerugian hanya kerana terlepas pandang beberapa perkara semasa menempah kereta baru.

Muat turun panduan yang saya sediakan ini secara PERCUMA!

Open chat
1
Atikah sedang online!
Jom check kelayakan loan dengan saya.