Proton Saga telah lama di pasaran sejak 1985 lagi. Pelbagai penambahbaikan dilakukan dan kali ini, kesinambungan dari Proton Saga keluaran pada 2019, transmisi telah ditukar dari CVT ke automatik.
Memandangkan kurang komplen dari pengguna, transimisi automatik diteruskan untuk Proton Saga 2022 ini dengan menggunakan transmisi keluaran Hyundai.
Proton Saga 2022 ini mempunyai tiga varian. Varian Standard terbahagi kepada transmisi manual dan automatik. Manakala varian seterusnya bertransmisi automatik iaitu Premium dan yang terbaru varian Premium S.

Mari kita lihat perbezaan Proton Saga 2022 ini dengan lebih dekat lagi. Dari segi luaran varian saga dibezakan dengan jalur merah ‘Ethereal Bow’ bahagian bawah berwarna merah pada gril untuk varian penuh Premium S manakala varian yang lain kekal berwarna chrome.

Lampu Siang LED hanya terdapat pada varian Premium dan Premium S. Lampu Siang ini akan menyala bila hidupkan enjin. Namun apabila lampu utama dinyalakan, lampu nyalaan siang LED automatik akan terpadam.

Bahagian sisi kereta memaparkan perbezaan di beberapa bahagian seperti di bahagian cermin sisi. Cermin sisi untuk varian Standard tidak dicat dan dibiarkan kekal berwarna hitam polos. Manakala, cermin sisi varian Premium dicat berwarna hitam kilat dan untuk varian Premium S juga dicat hitam kilat pada bahagian cermin sisi bersama fungsi lipat automatik.
Pada bahagian B-pillar untuk varian Premium dan Premium S diberi kemasan hitam manakala varian Standard dicat mengikut warna badan kereta.
Perbezaan luaran untuk Saga 2022 yang hanya terdapat pada varian Premium S ialah skirting hadapan dan skirting sisi diberi bersama untuk melengkapkan lagi pakej penuh varian Premium S.

Kembali kepada perbezaan saga 2022 pada bahagian sisi kereta, bahagian pemegang pintu untuk varian standard berwarna hitam “matte” manakala untuk varian premium dan premium S diwarnakan mengikut warna badan kereta.

Untuk varian Standard manual, Proton memberikan roda keluli 14-inci dengan tayar Atlas 175/65, manakala untuk varian Standard automatik pula Proton memberikan roda aloi 14-inci dengan tayar Atlas 175/65 dan untuk varian Premium S Proton memberikan roda aloi 15-inci dwitona dengan tayar Atlas 185/55.

Bahagian belakang kereta Proton Saga 2022 tidak mempunyai banyak perbezaan yang ketara. Cuma pada varian Premium S diberi kemasan hitam pada latar belakang perkataan PROTON, manakala untuk varian lain dicat mengikut warna badan kereta.

Untuk Proton Saga 2022 ini, buat pertama kalinya Proton menperkenalkan Push Start Button beserta Keyless Entry. Fungsi ini hanya terdapat pada varian penuh manakala varian yang lain menggunakan kunci dan tiada fungsi keyless entry semasa membuka pintu. Fungsi keyless entry ini juga memudahkan pelanggan membuka bonet untuk Premium S.

Apabila anda menjenguk ke dalam kabin Proton Saga 2022, anda akan dapati hanya varian penuh yang mempunyai sentuhan kemasan berwarna merah di bahagian dashboard, centre console, tempat duduk dan karpet. Manakala, varian lain dalamannya kebanyakan diganti dengan kemasan chrome.

Bahagian steering pula, hanya varian Premium S yang diberi balutan kulit bersama jahitan benang merah serta kemasan merah pada bahagian pemisah butang yang digunakan untuk mengawal sistem infotainmen.
Untuk varian Premium, steering dibalut dengan balutan urethene dan tiada kemasan merah pada bahagian pemisah butang sistem infotainmen.
Untuk varian Standard, steering dibalut dengan balutan urethane dan tiada butang pengawal sistem infotaimen.

Bahagian penyaman udara, keluaran Proton Saga 2022 didatangkan dengan sistem penyaman udara baru dan untuk varian Premium S sahaja yang diberi kemasan merah di corong penyaman udara.
Untuk varian Premium dan Standard diberi kemasan chrome dan hitam masing-masing pada bahagian corong penyaman udara.

Bahagian tempat duduk pula, hanya varian Premium S diberi separa kulit bersama jahitan benang merah.
Manakala varian Premium diberi balutan fabrik jenis seakan jeans berwarna kelabu bercorak dan varian Standard diberi balutan fabrik berwarna hitam polos.

Bahagian infotainmen pula, kesemua varian diberi skrin terapung 7 inci.
Hanya varian Premium S mempunyai fungsi sambungan bersama telefon iphone dan android.
Untuk varian Premium, fungsi sambungan bersama telefon pintar tetap ada tapi terhad pada telefon android.
Untuk varian Standard, hanya kemudahan Bluetooth dan radio sahaja yang ada dan skrin tiada fungsi touch screen sepenuhnya.
Hanya varian Premium dan Premium S yang ada fungsi kamera undur.
Selain itu, untuk bilangan speaker pula, hanya varian Premium dan Premium S yang diberikan 4 speaker manakala varian Standard hanya mempunyai 2 speaker.
Bilangan USB port pula, varian Premium S, Premium dan Standard auto diberikan 3 usb port manakala varian Standard manual hanya mendapat 1 usb port.

Semua gambar dalam artikel Perbezaan Proton Saga Standard dan Premium ini adalah dari laman web Paultan; sumber no. 1 berita automotif Malaysia.
Klik ke pautan https://proton-sales.com/ untuk mendapatkan promosi terkini Proton dan muat turun senarai harga terkini bagi semua model Proton.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kelayakan pinjaman kenderaan, terus hubungi saya Atikah Adnan (Proton Authorised Sales Advisor) di 019-3377714 atau tekan butang whatsapp di bawah.