TERBARU! PERBANDINGAN PROTON SAGA 2022
Dalam artikel kali ini saya nak buat perbandingan antara varian Proton Saga Standard dengan Premium.
Sekali pandang macam tak ada beza, tapi biar saya mudahkan anda membuat pilihan dengan perbandingan gambar.
Mula-mula kita tengok dulu spesifikasi terperinci bagi varian Saga Standard dan Saga Premium.
- RM 35,300.00
- 1.3L VVT Engine
- 4 Speed Auto Transmission
- 14″ Alloys Wheel
- Remote Trunk Release
- Floating Standard Audio
- Bluetooth Connectivity
- 2 Speakers
- 3 USB Ports
- Anti-Lock Braking System
- Electronic Brake Distribution
- Steering Tilt Adjustment
- Rear Spoiler
- Electric Door Mirror
- LCD Segmented MID
- LED Map Lamp
- Elegant Tricot Headlining
- RM 39,300.00
- 1.3L VVT Engine
- 4 Speed Auto Transmission
- 15″ Alloys Wheel
- Remote Trunk Release
- Floating 7″ Touch Screen Monitor
- Bluetooth Connectivity
- 4 Speakers
- 3 USB Ports
- Anti-Lock Braking System
- Electronic Brake Distribution
- Steering Tilt Adjustment
- Rear Spoiler
- Electric Door Mirror
- LCD Segmented MID
- LED Map Lamp
- Elegant Tricot Headlining
- LED Daytime Running Light
- Electronic Stability Control
- Traction Control System
- Hill Hold Assist
- Reverse Camera
- Steering Switches
- Front Parking Sensors
Perbandingan Proton Saga Standard dan Premium
Untuk memudahkan perbandingan, saya letakkan varian STANDARD di sebelah KIRI manakala varian PREMIUM di sebelah kanan.
Gerakkan garisan perbandingan ke kiri dan ke kanan untuk paparan penuh setiap varian.
Bumper Hadapan
Dalam varian Standard, kemasan bagi warna hitam adalah flat black. Manakala bagi varian Premium, kemasan bagi warna hitam adalah glossy black. Hanya Saga Premium dilengkapi dengan sensor parking hadapan.
Daytime Running Light (DRL)
Hanya Saga Premium dilengkapi dengan DRL.
Door Handle
Pemegang pintu Proton Saga Standard mendapat kemasan flat black manakala versi Premium mengikut body colour kereta.
Side Mirror Cover
Side Mirror Cover Saga Standard mendapat kemasan flat black manakala versi Premium mengikut body colour kereta anda.
Rim
Rim aloi 14-inci dengan tayar 185/60R14 bagi varian Standard dan rim aloi 15-inci dua tona dengan tayar 185/55R15 bagi varian Premium.
Bumper Belakang
Kedua-dua varian dilengkapi dengan sensor parking belakang. Hanya Varian Premium mendapat kemasan chrome lining dibahagian bawah bumper.
Sistem Infotainmen
Hanya Saga Premium yang mendapat fungsi bluetooth, Android dan EasyConnect (hubungan ke telefon pintar Android). Bagi varian Standard, Proton menyediakan fungsi radio dan bluetooth sahaja.
Reverse Camera
Hanya Saga Premium mempunyai reverse camera.
Steering
Saga Premium mempunyai suis telefon dan audio pada roda steering tetapi tidak pada varian Saga Standard.
Kemasan Silver
Hanya Saga Premium mempunyai kemasan silver pada aircond vent dan gear knob.
Fabrik Tempat Duduk
Saga Standard diberi tempat duduk jenis fabrik berwarna hitam manakala tempat duduk Saga Premium dikemaskan dengan fabrik berwarna kelabu bercorak di bahagian tengah.
Safety
Kedua-dua varian mempunyai Anti-lock Brake System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA). Namun hanya Saga Premium dilengkapi dengan Electronic Stability Control (ESC) dan Hild Hold Assist (HHA).
Speaker
Varian Saga Premium mendapat 4 speaker manakala Saga Standard hanya 2 speaker.
Lampu But Belakang
Hanya Saga Premium dilengkapi dengan lampu but belakang.
Semua gambar dalam artikel Perbezaan Proton Saga Standard dan Premium ini adalah dari laman web Paultan; sumber no. 1 berita automotif Malaysia.
Klik ke pautan https://proton-sales.com/ untuk mendapatkan promosi terkini Proton dan muat turun senarai harga terkini bagi semua model Proton.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kelayakan pinjaman kenderaan, terus hubungi saya Atikah Adnan (Proton Authorised Sales Advisor) di 019-3377714 atau tekan butang whatsapp di bawah.